BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 5, 2011

Keutamaan Zikrullah . =)


Kita selaku umat Islam hendaklah mencintai Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa mengingatiNya. Salah satu jalan mengingati Allah itu ialah dengan berzikir. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai Allah dan RasulNya.

Zikir ertinya ingat. Zikrullah adalah gabungan mengingati Allah di hati dan menyebutNya dengan lidah. Zikir lidah tanpa ingatan h...ati adalah zikir yang cacat dan merupakan perbuatan sia-sia. Perintah supaya sentiasa mengingati Allah itu adalah berdasarkan al-Quran.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152 : Tafsirnya : "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu."

Zikrullah merupakan ibadah yang paling mudah untuk diamalkan kerana ia tidak memerlukan waktu dan tempat yang khusus sebagaimana ibadat lain. Berzikir harus dilakukan samada dalam keadaan berwudhu atau berhadas,semasa berdiri, duduk dan dalam semua keadaan.

Walaubagaimanapun bagi mencapai kesempurnaan dalam berzikir antara adab yang sebaiknya kita amalkan ketika berzikir ialah:-

1. Dalam keadaan bersih suci
2. Hadirkan hati ketika lidah sedang berzikir
3. Khusyuk dan tawaduk
4. Menghadap ke arah kiblat
5. Mengharap mendapat keredhaan Allah.

Antara kelebihan orang yang berzikir ialah :-

1. Membersihkan hati dari segala kotoran
2. Menghapus dosa
3. Menutup ruang syaitan masuk ke dalam badan
4. Memberi ketenangan jiwa
5. Allah akan selalu ingat kepada orang yang selalu berzikir kepadaNya.

No comments:

Post a Comment