BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 16, 2012

7 Petala Cinta :D



Secara kasarnya, filem ini berkisarkan mengenai cinta seorang lelaki iaitu Ahmad Fakhrudin Hatta terhadap seorang wanita yang tidak pernah dilihat pun wajahnya. Kerana peribadinya yang cantik dan percakapannya yang sopan, Saidatul Nafisah, telah membuatkan Hatta yang dulunya seorang yang jahat jatuh cinta padanya. Hatta tidak menyatakan perasaannya kerana dia tau dia tak layak untuk wanita yang baik seperti Saidatul Nafisah. Pada masa yang sama, Saidatul Nafisah merupakan tunangan kepada Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar...

Maka, berlakulah beberapa konflik dalam cinta tiga segi itu..


Bagi pendapat peribadi fifa, dengan terwujud dan terterbitnya filem seperti ini, ia dapat bukak mata pengarah lain untuk membikin filem-filem islamik seperti ini. Walaupun banyak kekurangan dalam filem ni seperti pergaulan sosial yang masih tak terbatas, cara berpakaian niqob yang kurang betul, namun ianya tetap satu filem yang baik kalau nak dibandingkan dengan filem-filem yang lebih ke arah keganasan. Jujurnya, fifa tak suka ganas-ganas ni. fifa pencinta kesopanan dan kesusilaan ok.


Bila korang tengok filem ni, sikit sebanyak korang boleh tahu macam mane life bebudak yang study kat pondok dan madrasah. Cumanya fifa rasa pengarah filem ni kurang buat kajian macam mane life bebudak sekolah pondok sebab banyak mistake dalam filem ni. Mana ada bebudak pondok berbual berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Ini mistake!


Tapi filem ni dah ajar fifa banyak perkara. Antaranya:


1.Sejahat mana pun kita, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita.
2.Wanita yang berniqob (purdah) ini nice sebenarnya.
3.Kuasa cinta ni sangat kuat. Ia mampu ubah seseorang dari baik ke jahat dan begitulah jugak sebaliknya.
4.Salah satu kecantikan wanita terletak pada peribadinya.
5.Nak berubah itu bukan mudah. Nak istiqamah lagi payah.

#heee :D tiba tiba rasa nak post macam nie . hihi ^^

No comments:

Post a Comment