BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 8, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad sawbersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku
telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan- syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut
dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya
oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-
NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang
amat berat, setiap kali
dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,ketika itu datanglah pahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia
akan diusir, maka menjelmalah MANDI
JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di
dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di
dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang- benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun
membalas bicaranya,maka
menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN
TIDAK SUKA BERMUSUH- MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH
SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari
bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG
AYAT"

No comments:

Post a Comment