BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 4, 2011

suke bace ni .=)

eh eh ! tadi kan , aku bukak fb taw . boring gyle tahap gaban lah kan . besties sorng pun tak online ! so , tgk tgk at news feed je leww . skali je , aku terbace 1 mende alah nie . macam best jehh kan . aku pon continue la bace nye .=) nak tahu ape ?
haaaa ! nie dye .=) *siap copy paste lagi . haha !

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb,
18Hb, 27Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.9

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat
tabah dari segi fizikal dan juga
mental. Anda mempunyai
penilaian yang sangat tajam. Anda
juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda
adalah orang yang boleh
menerima cabaran dan berjaya
dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa
anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah
seorang anak yang taat dan
hormati mereka. Anda sesuai
menceburi bidang kejuruteraan
atau perbankan kerana orang
lain percaya dan yakin akan anda.
Anda merupakan model teladan
kepada orang lain.

#haha~ betul ke ? heee ! macam best je .=) klau betul kan best . ^_^
kowng nak tahu kowng punye ? nah nah . tgk la nie .
SANGAT PANJANG ! mmg bosan klaw bace semua . so , bace kowng punye je la.=) nk bace sume pun tak jadi msalah . tp , klaw bosan , jgn ngadu kt mak eahhh . hihi .=)


TARIKH LAHIR ANDA .
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb,
10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-
mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb,
11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-
mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb,
12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-
mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb,
13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-
mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb,
14Hb, 23Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb,
15Hb, 24Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb,
16Hb, 25Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb,
17Hb, 26Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb,
18Hb, 27Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu,
degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam asas pertandingan, baik
hati, peramah dan autoriti. Anda
ingin mendahului dalam apa jua
keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah
pimpinan orang lain. Anda akan
bercinta dalam usia yang muda
tapi akan berkahwin pada usia
yang matang. Anda tidak suka
akan orang yang bertentangan
pendapat dengan anda. Malah
anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah
dengan anda. Anda seorang yang
kuat belanja. Pada masa hadapan
anda adalah professional dalam
kerjaya yang anda ceburi. Namun
terdapat juga orang yang kecil
hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda
adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan
disukai oleh semua orang kerana
anda berperanankan Bulan dan
semua orang suka akan bulan.
Em…bagus! Anda suka bermimpi
siang. Anda kurang berkeyakinan
terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke
atas hidup anda. Anda adalah
seorang yang sukar diramal
kerana anda membuat
perubahan berdasarkan masa
dan keadaan. Anda juga seorang
yang mementingkan diri sendiri
tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan
komunikasi lisan. Sikap anda
seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua
orang boleh mengetahui
perubahan anda. Anda boleh
menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan
keamanan. Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam
keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah seorang yang
berhati keras, pentingkan diri
sendiri, kuat agama dan suka
untuk mempertingkatkan
kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga
dan anda dapat mengharungi
dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah
yang cantik, jadi ke mana saja
anda pergi anda akan dapat apa
yang anda inginkan. Daripada
hari lahir anda, anda perlu
berkerja keras untuk berjaya.
Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih
tua daripada anda. Bukannya
senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan.
Sekiranya anda suka akan sikap
seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka
akan kebebasan, pencipta di
mana ada anda akan membawa
harapan, kegembiraan dan
keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat
degil dan rajin. Mungkin anda
akan menjauhkan orang lain
daripada anda kerana kata-kata
anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah
orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi
masalah tanpa berfikir panjang.
Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana
mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-
kawan anda akan menghabiskan
masa dan wang ringgit anda dan
selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada
nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap
seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1,
8.
no.5
—-
Anda sangat popular dalam
komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam
menjalani perniagaan. Namun
anda terlalu terburu-buru. Anda
adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli
keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta
bantuan anda apabila mereka
memerlukan bantuan. Anda
bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata.
Anda mempelajari hidup melalui
pengalaman. Pasangan ideal anda
adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati
hidup ini. Anda tidak pedulikan
apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda
saja. Anda sangat pandai dalam
pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang
beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang
cantik atau kacak. Semua benda
yang baik akan datang pada
anda. Anda mengambil berat ke
atas ahli keluarga dan kawan-
kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang
yang murah hati, peramah, adil
saksama dan mempunyai
penilaian yang tajam. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan
kepada sesiapa saja. Anda adalah
seorang yang realistik, yakin,
gembira dan merupakan seorang
yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai
masalah sikap iaitu panas baran.
Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan
keluarga di tempat yang amat
tinggi sekali sehingga kadang-
kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan
untuk memberi sumbangan
kepada dunia ini. Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang
yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang
sangat kuat jadi tak ada orang
yang memahami anda. Kepakaran
anda hanyalah menuding jari
pada sesuatu benda. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan
dalam hidup. Semua masalah ini
telah menjadikan anda lebih kuat
dan tabah. Anda
memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah
dihabiskan bersama-sama dengan
kawan-kawan. Anda seorang
yang disiplin dalam hidup, tidak
putus asa dan berani. Faktor-
faktor ini telah membawa anda
ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang
sangat bagus. Pasangan ideal
anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat
tabah dari segi fizikal dan juga
mental. Anda mempunyai
penilaian yang sangat tajam. Anda
juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda
adalah orang yang boleh
menerima cabaran dan berjaya
dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa
anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah
seorang anak yang taat dan
hormati mereka. Anda sesuai
menceburi bigan kejuruteraan
atau perbankan kerana orang
lain percaya dan yakin akan anda.
Anda merupakan model teladan
kepada orang lain. Pasangan ideal
anda adalah no. 3, 5, 6.

No comments:

Post a Comment